Pipi Siti lebam, peminat risau, doa baik-baik saja

EntertainmentMusic
17 Oct 2026 • 12:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pipi Siti lebam, peminat risau, doa baik-baik saja

PETALING JAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengundang kerisauan dalam kalangan peminatnya selepas memuat naik foto memaparkan wajahnya dengan kesan kecederaan ringan menjelang Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Menerusi foto dalam InstaStory miliknya, terlihat bekas luka kecil pada bahagian bawah mata dan lebam di pipinga.

Siti bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai kecederaan tersebut kepada umum namun hanya berharap konsert tradisional esok (hari ini) berjalan lancar.

“Bismillah semoga dipermudahkan. Jumpa esok Sitizoner sayang!” katanya ringkas.

Rentetan itu, foto tersebut tular dalam media sosial selain ramai mula membuat andaian pelantun Cindai itu mengalami kecederaan ketika sesi latihan konsert.

“Semoga cepat sembuh dan banyakkan rehat TokTi, apa pun tak sabar nak tengok persembahan bertaraf dunia esok.

“Alahai risau tengok kecederaan itu, harap tiada perkara yang serius,” komen peminatnya.

“Terjatuh ke,” tanya seorang peminat.

Konsert Tradisional Gema Bumantara bakal menjadi saksi persembahan Siti Nurhaliza buat kali ketiga di lokasi ikonik berkenaan menerusi alunan pelbagai genre seperti zapin, joget, asli, inang dan klasik.

Acara berskala mega tersebut turut menampilkan penyanyi yang sinonim dengan lagu irama tradisional, Noraniza Idris, Haziq Rosebi, King Nassar dan Lesti Kejora sebagai penyanyi jemputan. – KOSMO! ONLINE

The post Pipi Siti lebam, peminat risau, doa baik-baik saja appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved