Bahaya: Warga Emas Sembunyi Tepi Landasan KTMB, Tunggu Tren Beredar

2 May 2025 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Satu klip video menunjukkan seorang warga emas sanggup membahayakan diri dengan berteduh di bawah batu berhampiran landasan di sebuah stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kota Bahru, Kelantan, baru-baru ini.

Perbuatannya berjaya dirakam menerusi rakaman litar tertutup yang dipasang di stesen KTMB berkenaan.

Klip video itu turut menunjukkan warga emas terbabit bertindak melintas landasan kereta api untuk ke kampung sebelah stesen kereta api berkenaan sejurus sebuah tren bergerak.

Susulan dengan kejadian tersebut, pihak KTM Berhad tampil memberikan respon menerusi ruangan komen hantaran video tersebut.

“KTMB ingin memaklumkan bahawa melintasi atau menceroboh landasan kereta api adalah perbuatan berbahaya dan dilarang di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Ia bukan sahaja boleh dikenakan denda sehingga RM500, malah boleh mengancam nyawa," tulisnya.