Bakul makanan diagih awal persediaan musim tengkujuh

27 Sep 2026 • 10:44 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bakul makanan diagih awal persediaan musim tengkujuh

GUA MUSANG – Lebih 1,000 bakul makanan diagihkan kepada keluarga Orang Asli di pedalaman kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai persiapan awal menghadapi musim tengkujuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, agihan berkenaan diawalkan pada tahun ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu serta peningkatan taburan hujan yang boleh menyebabkan risiko banjir dan tanah runtuh di kawasan pedalaman.

Katanya, bakul makanan bernilai keseluruhan lebih RM100,000 itu disumbangkan Pusat Khidmat ADUN Galas dengan kerjasama rakan strategik mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum, minyak masak, gula dan sardin.

“Biasanya bakul makanan ini akan diterima penduduk sekitar November atau Disember, namun pada tahun ini kita mengagihkannya lebih awal sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh.

“Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, kita melihat persiapan awal ini perlu bagi membantu keluarga terlibat membuat persediaan sekiranya berlaku gangguan perhubungan akibat hujan lebat,” katanya selepas menyampaikan bakul makanan kepada wakil penduduk sempena Program Be Ades Ma Kampung di Pos Belatim di sini hari ini.

Mohd. Syahbuddin memberitahu, antara kawasan yang sudah menerima agihan bakul makanan dengan nilai RM100 setiap satu ialah Pos Hau, Pos Balar, Pos Bihai dan Pos Belatim.

Katanya, semua kampung berkenaan telah dilawati dan agihan dibuat menerusi wakil kampung berdasarkan jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) terkini bagi memastikan bantuan sampai kepada penerima. – KOSMO! ONLINE

The post Bakul makanan diagih awal persediaan musim tengkujuh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved