PRN Melaka: PH gesa persefahaman politik dibincang sebelum bubar DUN

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 6:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: PH gesa persefahaman politik dibincang sebelum bubar DUN

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) berharap sebarang rundingan persefahaman politik bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilakukan lebih awal dan tidak menunggu sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu bagaimanapun terpulang kepada kerajaan negeri.

Namun, katanya, pihaknya lebih menggemari perbincangan itu dilakukan lebih awal.

“Kita kalau lagi awal, lagi bagus. Dia cakap lagi lambat, lagi bagus.

“Jadi, kita menikmati apa yang sedap itu awal. Dia (Ab Rauf) suka makan lauk itu lambat. Lepas dia dah kenyang. Macam itulah,” katanya ketika ditemui selepaas sesi libat urus Belanjawan Negeri Selangor, di sini, tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang mahu sebarang rundingan berhubung persefahaman politik dalam PRN Melaka dilakukan selepas pembubaran DUN.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata, PH tidak menolak kemungkinan bergerak solo pada PRN Melaka akan datang jika tiada sebarang kerjasama diputuskan.

Menurutnya, semua kemungkinan sudah diambil kira termasuk senario pertandingan tanpa kerjasama dengan parti lain, malah perkara itu telah dibentangkan kepada pimpinan PH beberapa hari lalu.

“Itu semua kemungkinan ada. Yang satu kemungkinan ini tak ada. Iaitu kita boikot pilihan raya itu tak ada. Jadi yang paling penting, kita akan menyertai pilihan raya dengan pelbagai versi.

“Dalam PRN Melaka, lawan tetap lawan. Setakat ini, bubar pun belum lagi. Masa masih ada lagi, kita akan tengok keadaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post PRN Melaka: PH gesa persefahaman politik dibincang sebelum bubar DUN appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved