Banduan Lari Dari Pusat Koreksional Jasin Berjaya Ditangkap

31 Jan 2023 • 12:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Banduan lari dari Pusat Koreksional Jasin berjaya ditangkap

JASIN, 31 Jan (Bernama) — Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin ASP Mohd Fadzli Othman berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira 9 malam tadi dan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin hari ini bagi permohonan reman.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis sebelum ini dilaporkan memburu banduan itu yang dipercayai meloloskan diri dari pusat tersebut pada 24 Jan lepas dan disedari warden penjara berkenaan kira-kira 2.20 petang.

Sumber: BERNAMA