Bangkai anak gajah liar ditemukan di tepi jalan

LocalEnvironment
10 Aug 2026 • 2:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bangkai anak gajah liar ditemukan di tepi jalan

GUA MUSANG – Bangkai seekor anak gajah liar ditemukan di tepi jalan utama menuju ke Pos Pulat berhampiran Kampung Rahmat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi, bangkai haiwan berkenaan ditemukan oleh seorang pekerja Projek Hidroelektrik Nenggiri yang melalui laluan terbabit.

Seorang pengguna jalan yang mahu dikenali sebagai Sulaiman, 35, berkata, dia dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh rakannya sebelum bergegas ke lokasi bersama beberapa individu lain.

Katanya, mereka melihat anak gajah liar terbabit sudah tidak bernyawa dan berada di tepi jalan utama menuju ke Pos Pulat.

“Difahamkan, bangkai anak gajah ini itu oleh seorang pekerja di tapak Projek Hidroelektrik Nenggiri. Kami tidak tahu punca kematian anak gajah tersebut dan bangkainya masih berada di tepi jalan utama menuju ke Pos Pulat,” katanya.

Sulaiman memberitahu, dia juga tidak pasti sama ada laporan mengenai penemuan bangkai anak gajah itu sudah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Katanya, pihak berkuasa diharap dapat menjalankan pemeriksaan bagi mengenal pasti punca kematian haiwan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Bangkai anak gajah liar ditemukan di tepi jalan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved