Banjir: 76 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak

LocalEnvironment
15 Sep 2026 • 10:31 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir: 76 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak

IPOH – Seramai 76 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Changkat Larah, Kamunting di Larut Matang dan Selama berikutan banjir semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, bilangan mangsa meningkat kepada 76 orang setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 69 orang pada pukul 4 pagi dengan jumlah terjejas kekal 24 keluarga.

“Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada penduduk Taman Larah Damai, Kampung Changkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Pusat Kawalan Operasi Daerah Angkatan Pertahanan Awam Daerah Larut Matang dan Selama memaklumkan, beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air susulan paras air sungai yang tinggi akibat hujan berterusan sejak petang semalam.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat mengarahkan penyelarasan, bantuan dan kerjasama semua jabatan dan agensi untuk membuka sebuah PPS pada 8.30 malam tadi. – Bernama

The post Banjir: 76 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved