Satu mayat mangsa lemas pantai Tanjung Lompat dijumpai

2 Sep 2026 • 2:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Satu mayat mangsa lemas pantai Tanjung Lompat dijumpai

KOTA TINGGI – Mayat seorang daripada empat remaja yang dilaporkan lemas di pantai Tanjung Lompat di sini berjaya ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian.

Mangsa, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, 16, ditemui anggota penyelamat dan orang ramai yang membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 1.25 tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, DSP Mohd Syamsuri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden lemas berkenaan pada pukul 8.20 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.

​”Dua daripada enam remaja yang turun mandi berjaya diselamatkan oleh orang awam, manakala empat lagi hanyut dikhuatiri lemas.

​”Hasil operasi pencarian, pada pukul 1.25 tengah hari, pasukan penyelamat bersama orang awam berjaya menemukan mayat pertama di kedudukan 800 meter dari tempat mangsa lemas,” katanya kepada pemberita ditemui di lokasi kejadian.

​Katanya mayat manga dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi proses pengecaman dan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

The post Satu mayat mangsa lemas pantai Tanjung Lompat dijumpai appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved