Satu mangsa lemas di Tanjung Lompat dijumpai, tiga lagi masih dicari

2 Sep 2026 • 2:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Satu mangsa lemas di Tanjung Lompat dijumpai, tiga lagi masih dicari

KOTA TINGGI: Seorang daripada empat mangsa yang dilaporkan lemas di Pantai Tanjung Lompat, Desaru, di sini pagi tadi telah berjaya ditemukan pada pukul 1.25 petang, hari ini.

Mangsa yang dikenalpasti sebagai Alif Taqiuddin Kamal Hasrul ditemukan anggota penyelamat dan orang ramai yang membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jarak kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Mohd. Syamsuri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden lemas berkenaan pada pukul 8.20 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.

“Dua daripada enam remaja yang terlibat berjaya diselamatkan orang awam, manakala empat lagi dikhuatiri lemas.

“Hasil operasi pencarian, pada pukul 1.25 petang, pasukan penyelamat bersama orang awam berjaya menemukan mayat pertama di kedudukan 800 meter dari lokasi mereka lemas,” katanya kepada pemberita ditemui ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambah beliau, mayat manga dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi proses pengecaman dan bedah siasat.

“Operasi SAR kini ditumpukan untuk mengesan tiga lagi mangsa yang masih hilang. Seramai 30 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

“Keadaan angin kencang, ombak bergelora serta kawasan pantai yang berbatu memberikan sedikit cabaran kepada pasukan penyelamat dalam menjalankan operasi pencarian,” katanya.-UTUSAN

The post Satu mangsa lemas di Tanjung Lompat dijumpai, tiga lagi masih dicari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved