Banjir Perak: 76 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Changkat Larah

LocalEnvironment
15 Sep 2026 • 11:55 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Banjir Perak: 76 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Changkat Larah

IPOH: Sebanyak 76 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Changkat Larah, Kamunting di Larut Matang dan Selama berikutan banjir, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 76 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 69 orang pada 4 pagi, manakala jumlah keluarga terjejas kekal 24 keluarga.

“Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada penduduk Taman Larah Damai, Kampung Changkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Larut Matang dan Selama memaklumkan beberapa kawasan di daerah berkenaan dinaiki air atau terputus hubungan susulan paras air sungai yang tinggi akibat hujan berterusan sejak petang semalam.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat telah mengarahkan penyelarasan, bantuan dan kerjasama semua jabatan dan agensi untuk membuka sebuah PPS pada 8.30 malam tadi. – BERNAMA

The post Banjir Perak: 76 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Changkat Larah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved