Banjir: Dua PPS dibuka di Port Dickson, 60 mangsa dipindahkan

LocalEnvironment
18 Nov 2026 • 8:38 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir: Dua PPS dibuka di Port Dickson, 60 mangsa dipindahkan

PORT DICKSON – Seramai 60 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir yang melanda daerah ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapt. (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran berkata, PPS pertama dibuka di Balai Raya Kampung Jimah Lama dengan menempatkan 39 mangsa daripada 10 keluarga.

Menurutnya, sebuah lagi PPS dibuka di Balai Raya Linggi pada pukul 1.50 pagi tadi bagi menempatkan 21 mangsa daripada tujuh keluarga.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan ke kedua-dua PPS setakat pukul 4 pagi tadi ialah 60 orang daripada 17 keluarga,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kampung Jimah Lama antara kawasan terjejas selepas hujan lebat berterusan lebih tiga jam bermula pukul 2 petang semalam.

Keadaan paras air sungai di kawasan berkenaan dilaporkan berada dalam zon bahaya dengan arus deras walaupun hujan telah berhenti.

Penduduk turut berdepan risiko peningkatan paras air susulan fenomena air pasang penuh yang dijangka berlaku sekitar pukul 11 malam. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir: Dua PPS dibuka di Port Dickson, 60 mangsa dipindahkan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved