Banjir kilat: Kolam tadahan di Taman Seri Alam melimpah

5 Nov 2026 • 5:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir kilat: Kolam tadahan di Taman Seri Alam melimpah

SUNGAI BULOH – Kolam tadahan di Taman Seri Alam, Saujana Utama, di sini, dilaporkan telah melimpah berikutan hujan lebat, petang ini.

Situasi itu menyebabkan kawasan perumahan berhampiran kolam tadahan berkenaan mula dinaiki air.

Menerusi perkongsian video oleh Zamron Mat di Facebook, kejadian tersebut menunjukkan keadaan air yang melimpah dari kolam tadahan sehingga memasuki kawasan perumahan berdekatan.

“Kolam tadahan di Taman Seri Alam telah melimpah. Mohon semua penduduk mengalihkan kenderaan dan barangan berharga,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan beberapa kawasan di Shah Alam dan Puncak Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat petang ini. ⁠- KOSMO! ONLINE

The post Banjir kilat: Kolam tadahan di Taman Seri Alam melimpah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved