Banjir Kilat Landa Ampang: Bomba Selamat 3 Mangsa

LocalEnvironment
21 Sep 2026 • 10:23 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Banjir Kilat Landa Ampang: Bomba Selamat 3 Mangsa

AMPANG - Tiga mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba dalam beberapa kejadian banjir kilat yang melanda kawasan Ampang, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, Jalan Tun Razak dan Titiwangsa ke lokasi terjejas bagi menjalankan operasi menyelamat serta pemantauan.

“Insiden pertama dilaporkan berhampiran Tuscany Home Furnitures di Jalan Mengkudu, Ampang, membabitkan sebuah kenderaan yang terkandas dalam air sedalam kira-kira 0.9 meter.

“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mangsa yang berada di dalam kenderaan berkenaan,” menurut pusat gerakan itu dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian kedua berhampiran Kondominium Desa Angkasa, Taman U-Thant, sebuah kereta BMW dilaporkan terkandas dalam arus banjir.

Dua mangsa yang berada di dalam kenderaan itu kemudian berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Kejadian ketiga pula membabitkan sebuah rumah kediaman yang dinaiki air, dengan penduduk melaporkan terdapat risiko renjatan elektrik di kawasan berkenaan.

Sementara itu, kejadian keempat berlaku apabila sebuah kenderaan terkandas dalam banjir di sekitar Menara Safuan, Jalan Ampang.

Bagaimanapun, pemeriksaan pasukan bomba mendapati kenderaan terbabit tidak berpenghuni.

Anggota bomba dan penyelamat kemudiannya meneruskan pemantauan di kawasan yang terjejas susulan kejadian berkenaan. - Getaran, 21 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved