Bank Rakyat umum rancangan ambil alih Takaful Ikhlas

LocalBusiness & Finance
4 Aug 2026 • 8:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bank Rakyat umum rancangan ambil alih Takaful Ikhlas

PETALING JAYA – Bank Rakyat mengumumkan cadangan pengambilalihan Takaful Ikhlas, hari ini.

Ia dilakukan menerusi perjanjian pelaksanaan yang dimeterai Bank Rakyat bersama MNRB Holdings Bhd membabitkan dua anak syarikat milik penuhnya, iaitu Takaful Ikhlas Family Bhd dan Takaful Ikhlas General Bhd.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, berkata, cadangan pengambilalihan itu merupakan pelaburan strategik institusi berkenaan bagi memperkukuh penawaran produk patuh syariah di samping memperkasa ekosistem kewangan Islam Malaysia.

“Pengambilalihan ini penting dalam aspirasi jangka panjang Bank Rakyat untuk berkembang menjadi sebuah konglomerat kewangan Islam terkemuka dengan penyelesaian kewangan komprehensif.

“Ia membolehkan Bank Rakyat melengkapkan keupayaan perbankan sedia ada dengan penyelesaian takaful, sekali gus menyokong pelanggan sepanjang perjalanan kewangan mereka.

“Penyertaan Takaful Ikhlas membolehkan Bank Rakyat merapatkan jurang dalam penawaran produk sedia ada, khususnya bagi segmen pelanggan yang kurang mendapat perkhidmatan dan belum mendapat akses perkhidmatan kewangan,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, pengambilalihan Takaful Ikhlas turut memperkukuh kapasiti institusi dalam memperluaskan peranan pembangunannya.

“Kami menjangkakan pengambilalihan ini akan mengukuhkan rangkaian saluran penyampaian, penyampaian perkhidmatan, kecekapan operasi serta memperluas keupayaan perniagaan.

“Gabungan ini menyokong penciptaan nilai jangka panjang kepada pelanggan, anggota dan pihak berkepentingan di samping menyumbang kepada daya tahan perniagaan serta pembangunan sosioekonomi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Bank Rakyat umum rancangan ambil alih Takaful Ikhlas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved