Bantu ringankan beban! Fadhlina sokong inisiatif beli uniform sekolah secara ansuran

LocalFamily & Parenting
9 Aug 2026 • 12:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyokong inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang menyediakan pakaian seragam sekolah secara ansuran bagi membantu meringankan beban ibu bapa.

Pakaian sekolah perkara kerap dibangkitkan ibu bapa

Memetik laporan daripada Harian Metro, beliau menyatakan, isu pakaian seragam merupakan antara perkara yang sering dibangkitkan ibu bapa setiap kali persiapan persekolahan bermula.

“Sebagai Ahli Parlimen, ini (pakaian seragam sekolah) antara perkara yang sentiasa (difikirkan bila) nak masuk sekolah, itulah menjadi sebahagian daripada permintaan ibu bapa terkait dengan pakaian seragam ini.
“Tapi (inisiatif) NADI menggunakan konsep bayar secara ansuran sedikit sebanyak memberikan keringanan kepada ibu bapa,” katanya.

Image from: Bantu ringankan beban! Fadhlina sokong inisiatif beli uniform sekolah secara ansuran

Inisiatif ini antara program yang baik untuk rakyat

Fadhlina menambah, inisiatif berkenaan merupakan antara program yang baik untuk rakyat dan beliau menyatakan hasrat memberikan komitmen terhadap projek itu, khususnya bagi persiapan persekolahan tahun hadapan.

Image from: Bantu ringankan beban! Fadhlina sokong inisiatif beli uniform sekolah secara ansuran

Untuk rekod, pakaian seragam tersebut dijahit oleh 120 alumni NADI Mahir yang sebelum ini mengikuti kursus kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI sebelum bergelar usahawan.

Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved