Nadi perkenal ansuran baju sekolah, ringan beban ibu bapa

LocalFamily & Parenting
8 Aug 2026 • 6:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nadi perkenal ansuran baju sekolah, ringan beban ibu bapa

SEBERANG PERAI – Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) yang menawarkan pembelian pakaian seragam sekolah secara ansuran dilihat mampu membantu meringankan beban ibu bapa, khususnya keluarga yang mempunyai ramai anak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kemudahan berkenaan merupakan antara inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat dalam meringankan kos yang ditanggung, khususnya pada awal sesi persekolah bermula.

“Saya melihat ini sebagai antara program atau projek yang sangat baik untuk rakyat dan saya juga berhasrat memberikan komitmen terhadap projek ini, khususnya bagi persiapan persekolahan pada tahun hadapan, Insya-Allah.

“Sebagai Ahli Parlimen, perkara berkaitan pakaian seragam sekolah ini sering menjadi antara permintaan ibu bapa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Madani Kita di Simpang Ampat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memuji pelaksanaan program Nadi yang disifatkan sebagai platform penting dalam menghubungkan rakyat dengan kerajaan.

Katanya, program berkenaan turut memberi manfaat dalam bidang pendidikan menerusi Nadi Tuisyen selain menyediakan ruang kepada golongan muda untuk menyertai aktiviti e-Sukan menerusi Nadi e-Sport. – KOSMO! ONLINE

The post Nadi perkenal ansuran baju sekolah, ringan beban ibu bapa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved