Bantuan khas tingkat daya saing pemandu teksi 

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 1:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bantuan khas tingkat daya saing pemandu teksi 

PETALING JAYA: Bantuan khas secara sekali bayar sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa disifatkan sebagai bukti suara serta kebajikan golongan itu mendapat perhatian kerajaan.

Presiden Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Hussain berkata, bantuan berkenaan merupakan penghargaan bermakna terhadap pengorbanan warga industri yang sekian lama berkhidmat bagi memenuhi keperluan pengangkutan masyarakat.

Katanya, GTSM merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook atas perhatian dan pertimbangan terhadap permohonan yang diperjuangkan sejak Ogos lalu.

“Bagi kami, bantuan ini bukan sekadar soal wang ringgit tetapi menunjukkan suara, rintihan dan kebajikan pemandu teksi serta kereta sewa turut mendapat perhatian kerajaan.

“Kami berharap langkah ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk memperkukuh kebajikan pemandu, meningkatkan daya saing industri dan menjamin kelangsungan industri teksi Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Kamarudin berkata, pihaknya akan terus membawa suara pemandu, memperjuangkan kebajikan mereka dan menjadi rakan dialog kerajaan demi masa depan industri teksi negara.

“GTSM turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan persatuan teksi dan kereta sewa termasuk di Sabah dan Sarawak atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan,” katanya.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2027 mengumumkan kerajaan akan menyalurkan bantuan khas kewangan secara sekali bayar sebanyak RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara. – UTUSAN

The post Bantuan khas tingkat daya saing pemandu teksi  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved