Anak Sarawak yang melanjutkan pengajian ke IPT adalah dialu-alukan untuk memohon Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak Fasa 2 2026 menerusi portal my-Yayasan https://myys.yayasansarawak.org.my/.
Program tajaan Yayasan Sarawak ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan mahasiswa dan keluarga khususnya dalam kalangan anak jati Sarawak.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan pendidikan ini.
Apa Itu Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak?
Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak merupakan bantuan yang khusus diberikan kepada pelajar IPT daripada Sarawak melalui Yayasan Sarawak.
Antara bantuan yang diberikan adalah seperti:
- Bantuan Komputer Riba Percuma
- Bantuan Baucar Buku
- Bantuan Kewangan Khas
Untuk makluman, Yayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971.
Antara objektifnya ialah memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 30 September sehingga 30 Oktober 2026.
Bantuan Disediakan
Bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Bantuan Komputer Riba Percuma
- Bantuan Baucar Buku
- Bantuan Kewangan Khas
i- Bantuan Komputer Riba Percuma
Bantuan Komputer Riba Percuma ini adalah untuk membantu pelajar IPT anak Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40/M40).
ii- Bantuan Baucar Buku
Bantuan ini diberikan kepada pelajar IPT anak Sarawak untuk membeli buku menerusi baucar bernilai RM500 melalui S Pay Global.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk pembelian bahan pembelajaran.
iii- Bantuan Kewangan Khas
Bantuan Kewangan Khas Merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar IPT anak Sarawak sebanyak RM1200 dan dibayar dua kali setahun setiap semester.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
| PERKARA | BANTUAN KOMPUTER RIBA PERCUMA | BANTUAN BAUCAR BUKU | BANTUAN KEWANGAN KHAS |
|---|---|---|---|
| Status Pelajar | Warganegara Malaysia dan anak Sarawak (salah seorang ibu atau bapa adalah orang Sarawak mempunyai kad pengenalan status “K”). | Warganegara Malaysia dan anak Sarawak (salah seorang ibu atau bapa adalah orang Sarawak mempunyai kad pengenalan status “K”). | Warganegara Malaysia dan anak Sarawak (salah seorang ibu atau bapa adalah orang Sarawak mempunyai kad pengenalan status “K”). |
| Mod Pengajian | Sepenuh Masa Sahaja. | Sepenuh Masa Sahaja. | Sepenuh Masa Sahaja. |
| Peringkat Pengajian | (Pelajar Tahun Pertama Sahaja) di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama. | Pelajar Asasi sehingga PhD pertama. | Pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama. |
| Status Institusi | IPTA dan IPTS seluruh Malaysia sahaja diiktiraf atau di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. | IPTA dan IPTS seluruh Malaysia sahaja diiktiraf atau di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. | IPTA dan IPTS seluruh Malaysia sahaja diiktiraf atau di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. |
| Status Pendapatan | Pendapatan Per kapita Keluarga RM1,500.00 dan kebawah. Formula pengiraan: (Pendapatan kasar ibu + pendapatan kasar bapa) ÷ jumlah tanggungan keluarga. Jumlah tanggungan keluarga termasuk ibu bapa dan anak-anak (25 tahun ke bawah yang masih belajar). | Pendapatan Per kapita Keluarga RM1,500.00 dan kebawah. Formula pengiraan: (Pendapatan kasar ibu + pendapatan kasar bapa) ÷ jumlah tanggungan keluarga. Jumlah tanggungan keluarga termasuk ibu bapa dan anak-anak (25 tahun ke bawah yang masih belajar). | Semua pelajar layak memohon tanpa mengira latar belakang pendapatan keluarga. |
| Dokumen diperlukan | 1. Surat Tawaran mengikuti pengajian. 2. Slip/Baucar Gaji/Pencen. 3. Surat Pengesahan Pendapatan (bagi ibu bapa yang tidak mempunyai slip/baucar gaji/pencen yang disahkan oleh Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK). Dokumen perkara 2 dan 3 diperlukan untuk memohon Bantuan Komputer Riba dan Bantuan Baucar Buku Sahaja. | 1. Surat Tawaran mengikuti pengajian. 2. Slip/Baucar Gaji/Pencen. 3. Surat Pengesahan Pendapatan (bagi ibu bapa yang tidak mempunyai slip/baucar gaji/pencen yang disahkan oleh Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK). Dokumen perkara 2 dan 3 diperlukan untuk memohon Bantuan Komputer Riba dan Bantuan Baucar Buku Sahaja. | 1. Surat Tawaran mengikuti pengajian. |

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Wajib mempunyai akaun Sarawak Pass sarawak.gov.my dan e-wallet S PAY Global.
- Layari laman web portal My Yayasan yayasansarawak.org.my dan daftar masuk melalui Sarawak Pass.
- Isi maklumat dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- My Yayasan akan verifikasi permohonan serta kelayakan permohonan berdasarkan maklumat yang dikemukakan.
- Pilih bantuan yang anda layak dan My Yayasan akan menghantar emel menyatakan anda berjaya memohon.
- Pantau status permohonan di My Yayasan bahagian “SEMAK STATUS”.
PERINGATAN:
Kelulusan bantuan adalah tertakluk kepada urutan permohonan serta kesempurnaan maklumat dan dokumen sokongan.
- Sila pastikan maklumat pendapatan iaitu gaji kasar (gaji pokok + elaun tetap) diisi dengan tepat dan lengkap.
- Pengisian jumlah pendapatan sebagai RM0.00 (tiada pendapatan) adalah tidak sah dan boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.
TARIKH TUTUP PENERIMAAN PERMOHONANl 30 OKTOBER 2026
(Status permohonan akan diketahui melalui emel atau bahagian semakan selepas tarikh tutup)

Dokumen Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Surat Tawaran mengikuti pengajian.
- Slip/Baucar Gaji/Pencen.
- Surat Pengesahan Pendapatan (bagi ibu bapa yang tidak mempunyai slip/baucar gaji/pencen yang disahkan oleh Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK).
JENIS-JENIS STATUS PROSES PERMOHONAN DALAM MY YAYASAN
| PENDING VERIFICATION | IN PROGRESS (YS) | APPROVED | PAYMENT PROCESSING (YS) | PENDING SPG PROCESSING |
|---|---|---|---|---|
| Masih Dalam proses semakan | Permohonan telah melepasi kelulusan semakan peringkat pertama atau kedua | Permohonan telah diluluskan | Dalam peringkat Pembayaran Yayasan Sarawak ke S PAY Global | Pihak S PAY Global dalam proses pengkreditan dalam e-wallet dan sila pantau akaun untuk membuat acknowledgement |
Maklumat Lanjut
Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak , sila layari laman web Yayasan Sarawak di https://yayasansarawak.org.my/.
- Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya. 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
- Tel: +6082 441686 / 440571 Faks: +6082 440023
Soalan Lazim Bantuan Pendidikan IPT Sarawak
Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak?Bantuan ini merupakan bantuan yang khusus diberikan kepada pelajar IPT daripada Sarawak seperti:
– Bantuan Komputer Riba Percuma
– Bantuan Baucar Buku
– Bantuan Kewangan Khas
Tarikh permohonan dibuka mulai 30 September – 30 Oktober 2026.
Nilai baucar buku adalah RM500.
Jika mod pengajian saya adalah separuh masa, adakah saya boleh memohon bantuan-bantuan tersebut?Tidak. Hanya pelajar sepenuh masa sahaja layak memohon.
Bagaimanakah permohonan boleh dibuat?Permohonnan boleh dibuat menerusi portal My Yayasan https://myys.yayasansarawak.org.
Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?– Surat Tawaran mengikuti pengajian.
– Slip/Baucar Gaji/Pencen.
– Surat Pengesahan Pendapatan (bagi ibu bapa yang tidak mempunyai slip/baucar gaji/pencen yang disahkan oleh Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK).





