Banyak Universiti Luar Tawar Diskaun Yuran Pengajian Selepas MARA Umum Henti Hantar Pelajar Tajaan Ke AS

4 Jun 2025 • 4:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada minggu lalu, kecoh di media mengenai arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mahu menghentikan pemprosesan visa semua pelajar asing.

Selain itu, pentadbiran Trump juga mempertimbangkan langkah untuk menyaring pemohon baharu berdasarkan hantaran di media sosial mereka.

Susulan itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menghentikan penghantaran pelajar tajaan ke AS bermula tahun ini.

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pihaknya telah memulakan perbincangan bersama pelajar di kolej persediaan negara yang terkenal dengan gelaran ‘Uncle Sam’ itu bagi menyambung pengajian mereka ke tempat lain.

“Jadi, kita akan hantar mereka menyambung pengajian dalam bidang serupa dengan apa yang kita fokuskan di AS termasuk ke United Kingdom, New Zealand dan juga Australia, malah Jepun dan juga China.

“Kos ke negara-negara ini juga lebih murah daripada AS,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Banyak Universiti Tawar Diskaun Yuran Pengajian

Terbaharu, Dr Asyraf mendedahkan di Facebook banyak universiti luar negara yang menawarkan diskaun yuran pengajian kepada pelajar tajaan MARA.

Semuanya kerana berita tentang MARA yang mahu menghentikan penghantaran pelajar ke AS mendapat perhatian di luar negara.

“Rupanya berita MARA tidak lagi hantar pelajar ke Amerika Syarikat gara-gara polisi Trump turut jadi liputan media luar negara.

“Banyak pula universiti tawar diskaun yuran pengajian,” tulisnya.

Tawar Diskaun Yuran Pengajian Sehingga 25%

Kongsi Asyraf Wajdi lagi, ada universiti terkemuka yang sanggup menawarkan diskaun sehingga 25%.

Malah, beberapa universiti di United Kingdom (UK) telah menghubunginya bagi membincangkan perkara tersebut.

“Alhamdulillah, banyak pula universiti luar negara termasuk beberapa universiti di UK yang hubungi saya dan MARA mahu berjumpa apabila mereka tahu saya masih di UK untuk menawarkan diskaun yuran pengajian pelajar MARA.

“Ada sebuah universiti yang terkemuka, tempat di mana dulunya ramai pelajar MARA dihantar siap tawarkan sehingga 25% apabila mereka tahu saya berjaya yakinkan 3 universiti terkemuka UK menawarkan sehingga 20%.

“Malah kelmarin (2 Jun) di Universiti College London (UCL) yang merupakan top 10 universiti di UK, Naib Presidennya sendiri menyatakan kesediaan untuk menawarkan diskaun kepada MARA jika MARA bersedia hantar lebih ramai pelajar cemerlang ke universiti mereka,” jelasnya lagi.

Rupanya berita MARA tidak lagi hantar pelajar ke Amerika Syarikat gara-gara polisi Trumph turut jadi liputan media luar negara. Banyak pula universiti tawar diskaun yuran pengajian.

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Tuesday 3 June 2025

Pengguna Media Sosial Teruja, Anggap Peluang Baharu Terbuka

Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja dengan perkhabaran terbaharu dari Pengerusi MARA itu.

Mereka berpendapat, Malaysia tidak perlu terlalu bergantung kepada AS memandangkan banyak lagi negara yang boleh memberi ilmu yang sama.

Malah, ada juga yang mencadangkan negara lain seperti Jerman dan China dipertimbangkan sebagai pilihan pelajar.

Menerusi semakan kami di laman QS Top Universities, universiti dari AS, Massachusetts Institute of Technology (MIT) kekal berada di ranking pertama universiti terbaik di dunia.

Ia disusuli dengan Imperial College London dan University of Oxford yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Namun, dalam senarai Top 10, hanya empat universiti AS yang berada dalam ranking itu manakala selebihnya adalah universiti di UK, Switzerland dan Singapura.

Ini antara komen menarik pengguna Facebook:

“Alhamdulillah, Kita Semakin Boleh Bebas Tanpa Terlalu Bergantung Kepada AS Semata-Mata. Kita Sudah Ada Banyak Pilihan Yang Setara Atau Mungkin Lebih Baik Dari AS”

image is not available

“Peluang Semakin Terbuka Luas, Ilmu Bukan Hanya Ada Di Amerika Syarikat, Itu Trump Kena Faham”

image is not available

“Alhamdulillah, Terbaik Dr Asyraf Wajdi”

image is not available

Source: