
PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Cik B mendedahkan bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin meninggal dunia hari ini.
Khabar duka itu dikongsikan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Mohd Amin, 21, dalam akaun media sosial Threads.
“Hari ini hari jadi mama (Datuk Seri Vida). Dan, hari ini juga saya dapat berita yang abah sudah meninggal dunia.
“Sejujurnya saya tak tahu nak rasa apa sekarang. Hari yang sepatutnya diiisi dengan kegembiraan sebaliknya saya berduka. Al Fatihah,” tulisnya.
Allahyarham Mohd Amin merupakan suami pertama Datuk Seri Vida. Sepanjang bersama arwah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Cik B dan Muhammad Eric Zecquan ,(Kacak).
Anak sulung dan kedua Vida meninggal dunia dalam kebakaran pada 2013.
Menjengah ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati dengan nasib Cik B dan mengucapkan salam takziah buatnya dan Kacak di atas kehilangan bapa mereka. – KOSMO! ONLINE
The post Bapa Cik B, Kacak meninggal dunia appeared first on Kosmo Online.






