Bapa Fatin Afeefa meninggal dunia. 'Terima kasih baba, akan sentiasa dirindui'

EntertainmentLifestyle
6 Jun 2026 • 5:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Bapa Fatin Afeefa meninggal dunia. 'Terima kasih baba, akan sentiasa dirindui'

PELAKON Fatin Afeefa berkongsi khabar duka apabila bapanya yang tersayang, Shamsuddin,menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan Fatin menerusi platform Threads.

"Pada hari ini, saya mengucapkan selamat tinggal kepada baba. Arwah meninggal dunia pada jam 3.48 pagi tadi," tulisnya.

Difahamkan, pelakon filem Tentang Bulan itu dan adik perempuannya berada di sisi Allahyarham ketika detik-detik terakhir.

Fatin mengakui pemergian itu sukar diterimanya.

"Saya masih belum dapat hadam berita pemergian ini sepenuhnya. Saya hilang kata-kata," katanya.

Dalam pada itu, Fatin mengakui akan terus merindui Allahyarham.

"Terima kasih kerana menyayangi saya sepanjang hayat.

"Saya akan terus merindui sepanjang hidup saya. Al-Fatihah baba," titipnya di IG Story.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai punca kematian arwah.

Fatin sebelum ini pernah berkongsi keadaan bapanya yang menerima rawatan di hospital.