Bapa Tiri & Ibu Kandung Tergamak Lemaskan Anak Usia 8 Bulan Dalam Baldi, Alasan Dah Tak Mampu Bela

WorldFamily & Parenting
3 Nov 2026 • 3:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft bapa tiri

Hanya kerana masalah kewangan dan tidak mampu menanggung kos perbelanjaan, sepasang suami isteri disyaki membunuh anak mereka yang baru sahaja berusia satu tahun lapan bulan.

Lebih meruntun hati, perbuatan kejam itu didakwa dilakukan dengan menenggelamkan dan melemaskan mangsa berulang kali di dalam baldi.  Malah tindakan suspek makin kejam selepas mangsa meninggal dunia, mayatnya kemudian dibuang di lokasi lain.

Artikel berkaitan :  Malaysia Catat Penurunan Kelahiran Bayi, Kadar Kesuburan Kini Cuma 1.5 Anak Seorang Wanita

Artikel berkaitan : Ingatkan Bayi Meragam Biasa-Biasa, Rupanya Boleh Jadi Tanda Awal Gangguan Pernafasan Akibat Jerebu

Tak mengaku bersalah, bagi alasan dah tak mampu nak bela

Insiden menyayat hati ini dilaporkan berlaku di sebuah tandas awam di Pasar Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, Indonesia pada 31 Oktober lalu.

Suspek yang merupakan bapa tiri mangsa baru sahaja berusia 22 tahun, manakala ibu kandungnya pula berumur 19 tahun.

Selepas melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut, kedua-dua mereka bertindak membuang mayat mangsa di kawasan Bendungan Hilir, Jakarta Pusat.

Screenshot 2026 11 03 151104

Ketua Polis Kebayoran Lama, Seala Syah Alam memaklumkan bahawa kedua-dua suspek mengaku bertindak sedemikian rupa berpunca daripada ketidakmampuan mereka untuk menyara kanak-kanak tersebut.

“Kanak-kanak itu dibunuh oleh ibu kandung dan bapa tirinya. Motif kejadian adalah masalah ekonomi, mereka tidak mampu menyaranya,” katanya pada Isnin.

Menurut pihak polis lagi, kedua-dua individu berkenaan kini telah pun ditetapkan sebagai suspek rasmi dalam kes kematian kanak-kanak malang itu.

Mereka kini berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah peruntukan perlindungan kanak-kanak dan Kanun Jenayah Indonesia berhubung kematian mangsa.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved