
SEREMBAN: Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan yang baharu dijadual mengangkat sumpah jawatan di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah pagi esok.
Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah jawatan berkenaan dijadualkan berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Majlis istiadat itu dijadualkan akan dihadiri Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zafir Ibrahim.
Menerusi jemputan yang dikeluarkan oleh Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pengamal media dijemput hadir bagi membuat liputan di Balairung Seri bermula pukul 9.45 pagi.
Ahad lalu, Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Ia selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bersama membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dengan majoriti dua pertiga.
PRN Negeri Sembilan yang berlangsung Sabtu lepas, menyaksikan BN dan PN memenangi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.-UTUSAN
The post Barisan Exco Negeri Sembilan angkat sumpah esok appeared first on Utusan Malaysia.






