
TULAR di laman di laman sosial individu yang mendakwa kakaknya menunaikan puasa nazar selepas penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sah bergelar suami isteri.
Menurut pengguna Threads berkenaan, kakaknya terdahulu pernah mendoakan pasangan diberi singkatan BASS itu di hadapan Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah.
"Esok kakak saya akan puasa nazar, gara-gara kau. Dia cakap, dia bernazar kalau kau kahwin dengan Syed Saddiq, dia akan puasa.

"Sebab dulu-dulu, dia pergi umrah, dia ada doakan kau di depan Kaabah. Kononnya, dia terus cakap nanti dia puasa kalau kamu berdua jadi," titipnya.
Dalam hantaran berkenaan wanita berkenaan sempat memaklumkan kakaknya akan menunaikan umrah pada November depan dan berhasrat untuk melakukan sujud syukur di sana kerana doanya sebelum ini dimakbulkan.
"Nanti bulan 11, dia mahu pergi umrah lagi. Sujud syukur di sana sebab kau dengan Syed Saddiq sudah jadi. Tahniah kamu berdua," kongsinya.
Terdahulu, Bella dan ahli politik berusia 33 tahun itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada 10 Oktober lalu.
Sumber: Threads






