Rumusan artikel
Gelagat Syed Saddiq dan ibunya ketika menyarungkan cincin mencuri perhatian selepas video mereka dibandingkan di Threads.
Netizen menyedari kedua-duanya mempunyai gaya yang sama, iaitu meniup cincin sebelum menyarungkannya.
AdvertisementRuangan komen dibanjiri dengan usikan.
Reaksi Bella Astillah turut menjadi perhatian.
Perkongsian itu menghiburkan netizen yang teruja melihat persamaan kecil antara Syed Saddiq dan ibunya.
Gelagat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika majlis pernikahannya bersama Bella Astillah baru-baru ini mencuri perhatian netizen, lebih-lebih lagi apabila ramai menyedari persamaan perangainya dengan ibu sendiri.
View this post on Instagram
Menerusi satu perkongsian di Threads oleh pengguna @_haretkm, satu perbandingan momen ketika ibu Syed Saddiq dan anaknya itu dilihat meniup cincin sebelum menyarungkannya telah mengundang pelbagai reaksi lucu.
Berseloroh mengenai persamaan tersebut, pemilik hantaran menulis:
“Sama eh style mak dan anak. Kena tiup cincin dulu before sarung ”
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang terhibur melihat gelagat berkenaan, malah ada yang menyifatkan persamaan itu sebagai sesuatu yang comel.
Netizen Perasan Gelagat Mereka Sama
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengenai aksi meniup cincin sebelum menyarungkannya. Ada juga yang menganggap gelagat tersebut mungkin cara mereka menghilangkan rasa gementar ketika melalui momen istimewa.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah:
“Mesti ada baca-baca doa apa-apa dulu ke. Macam mak-mak ”

Reaksi Bella Turut Buat Netizen Terhibur
Selain aksi ibu Syed Saddiq dan anaknya, reaksi Bella ketika momen tersebut turut menjadi perhatian.
Malah, seorang pengguna berseloroh:
“And reaction bella pun samaa. Eee baik betul lah dia tu”
Ibu Syed Saddiq Dipuji Penyayang
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mengambil kesempatan memuji sikap ibu Syed Saddiq yang dianggap penyayang dan mesra.
Seorang pengguna meluahkan rasa terhibur menerusi komen:
“Lawak la mama Syed Saddiq ni. Dah la penyayang.. Haihhh.. mana la nak cari mak mertua macam ni ”
Walaupun sekadar gelagat spontan, persamaan kecil antara ibu Syed Saddiq dan anaknya itu mencuri perhatian warganet, sekali gus mencetuskan pelbagai komen lucu di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hantaran Nikah Syed Saddiq Buat Bella Bertemakan “Growing Old Together”, Ini 7 Hadiah Yang Diberikan
The post “Sama Eh Style Mak Dan Anak” – Gelagat Syed Saddiq & Ibu Tiup Sebelum Sarungkan Cincin Curi Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






