Baru Nak Rehat Lepas Kerja, Tiba-Tiba Nampak ‘Kelibat’ Dekat TV

31 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Baru Nak Rehat Lepas Kerja, Tiba-Tiba Nampak ‘Kelibat’ Dekat TV

KUALA LUMPUR – Perkongsian lelaki tentang kejadian pelik yang berlaku ketika dia baru sahaja mahu berehat selepas selesai bekerja pada waktu malam mengundang perhatian ramai di Threads.

Menerusi perkongsian akaun @kapten_al96, lelaki berkenaan menunjukkan keadaan sebuah bilik yang kelihatan seperti biasa, namun perhatian netizen tertumpu kepada paparan televisyen di dinding.

Menurutnya, kejadian itu baru sahaja berlaku ketika dia mahu berehat selepas selesai bekerja pada waktu malam.

Apa yang membuatkan ramai tertanya-tanya ialah kelibat gelap yang kelihatan pada bahagian skrin TV tersebut.

Netizen mula perasan satu benda lain

Perkongsian itu bagaimanapun bukan sahaja membuatkan netizen cuba meneliti kelibat berkenaan, malah ada yang lebih terganggu dengan satu perkara lain, paparan tersebut kelihatan dalam posisi landscape.

“Dia boleh rotate tak kak? Kenapa dia datang secara landscape?” tulis seorang pengguna yang mencuit perhatian kepada perkara tersebut.

Ada juga yang bergurau kononnya “dia” sudah muncul di TV pula, manakala seorang lagi bertanya sama ada kelibat itu sebenarnya sedang berdiri di dinding.

Perkongsian tersebut kini meraih ratusan ribu tontonan, dengan netizen masing-masing cuba meneka apa sebenarnya yang kelihatan pada skrin berkenaan.

Sama ada ia sekadar bayang-bayang, pantulan atau sesuatu yang lain, kejadian seperti ini pastinya cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa kurang selesa untuk tidur sendirian pada waktu malam. – The Malaysian Update

The post Baru Nak Rehat Lepas Kerja, Tiba-Tiba Nampak ‘Kelibat’ Dekat TV appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved