Kakitangan KKM Bantu Beri CPR Di Tepi Jalan Raih Pujian Netizen

LocalHealth & Fitness
11 Aug 2026 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft CPR 1

Satu tindakan mulia seorang pemuda kini meraih perhatian ramai, menerusi satu video tular apabila lelaki itu dilihat melakukan pertolongan cemas (CPR) kepada seorang pesakit.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Threads, dia meluahkan rasa bangga melihat suaminya memberikan bantuan CPR kepada seorang pesakit di tepi jalan sebelum pesakit tersebut dibawa ke hospital.

Artikel berkaitan : “Sapa pandai CPR?” –  Bayi 7 Bulan Disahkan Meninggal Dunia, Kenderaan Terhumban Masuk Air Di LPT2

Artikel berkaitan : Viral Video Peserta Muay Thai Diberi CPR, Ramai Dakwa Cara Salah?

“Betapa bangganya saya melihat suami tolong orang.”

Bercerita kepada Lobak Merah, wanita yang dikenali sebagai Farrah Ain mengatakan bahawa kejadian itu berlaku semasa dia bersama suami baru pulang daripada kenduri kahwin.

Semasa pulang, Farrah mengatakan yang dia ingin singgah ke sebuah kedai kopi untuk membeli minuman namun, navigasi menunjukkan arah jalan yang salah dan membuatkan mereka terpaksa berpusing sehingga ke Cheras.

Menurutnya lagi, kejadian ini berlaku di Shell Leburaya Sungai Besi menghala ke Seremban apabila Farrah ternampak ada orang sedang melakukan CPR kepada mangsa dan ia membuatkan suaminya berhenti di tepi jalan untuk menghulurkan bantuan.

“Suami berhenti tepi dan tolong buat CPR sebab suami saya memang kakitangan KKM. Dalam 20 ke 30 minit, ambulans sampai.”

Farrah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.15 petang sebelum ketibaan ambulans pada jam 4.40 petang.

Bagaimanapun, Farrah dimaklumkan bahawa individu tersebut telah meninggal dunia pada jam 5.15 petang.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved