Bas perantara percuma ke litar Sepang tonton F1

24 Sep 2026 • 4:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bas perantara percuma ke litar Sepang tonton F1

SEPANG – Bas perantara khas secara percuma disediakan Rapid KL kepada pengunjung perlumbaan antarabangsa ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober ini.

Rapid KL dengan kerjasama SIC menyediakan sebanyak 95 buah bas bagi perkhidmatan ulang-alik (loop service) dari beberapa lokasi tumpuan ke kawasan litar.

Antara lokasi yang disediakan ialah Hub Bas Aras 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Hub Bas, Mitsui KLIA dan De-Village, Persiaran Millenia 2, Bandar Baru Enstek.

Rapid KL turut menyediakan perkhidmatan bas perantara dalam kawasan litar bagi memudahkan pengunjung bergerak ke lokasi utama sepanjang acara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Syahrul Azmir Ahmad Zaki berkata, penyediaan perkhidmatan itu mencerminkan komitmen Rapid KL dalam menyokong penganjuran acara bertaraf antarabangsa selain menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

“Penganjuran acara perlumbaan berprestij antarabangsa di Sepang International Circuit ini merupakan detik yang amat dinantikan oleh para peminat sukan permotoran tanah air.

“Rapid KL berbangga dapat bekerjasama dalam menjayakan acara ini dengan menyediakan kemudahan pengangkutan bagi membantu memudahkan pergerakan pengunjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, RapidKL memaklumkan, kesemua bas akan menjalani pemeriksaan keselamatan serta dipantau secara berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan bagi tujuan kelancaran operasi.

Katanya, pasukan petugas Rapid KL turut ditempatkan di lokasi strategik sekitar kawasan acara bagi membantu serta mengawal pergerakan penumpang.

Dalam masa sama, pengunjung dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas dan beratur ketika menggunakan perkhidmatan bas berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai laluan dan jadual operasi bas perantara boleh diperoleh menerusi laman web serta saluran media sosial rasmi Rapid KL. – KOSMO! ONLINE

The post Bas perantara percuma ke litar Sepang tonton F1 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved