Bayangkan Arwah Macam Anak Sendiri, Saksi Dedah Detik Tolong Alih & Tutup Kepala Mangsa Kemalangan Maut

LocalLifestyle
21 May 2026 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 05 21T104209.745

Kak Norharizan menjadi saksi terawal dalam satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah van dan kereta di Jalan Losong Feri, Selasa lalu.

Menerusi video yang tular, naluri keibuan wanita ini benar-benar meruntun hati netizen apabila dia sanggup mengetepikan rasa trauma demi menyelamatkan kehormatan jenazah remaja berkenaan.

 

View on Threads

 

Mengimbas kembali kejadian, Kak Norharizan menjelaskan dia bergegas menuju ke arah van tersebut untuk memberikan bantuan selepas mendengar bunyi rempuhan kuat. Namun, situasi di tempat kejadian rupa-rupanya sangat menyayat hati.

“Masa dekat lokasi accident tu, ayah dia tengah buka pintu sebelah penumpang. Ayah dia khabar kat kakak… ‘Kak, kak, anak saya putus kepala…’,” imbaunya dalam nada sebak.

Melihat si bapa yang berada dalam keadaan terkejut, Kak Norharizan sedaya upaya menenangkannya sebelum bertindak mengawal keadaan.

Gagah Alih & Tutup Jenazah Mendiang

Demi menjaga maruah mendiang, Kak Norharizan mencari tuala kecil untuk menutup kecederaan parah mangsa. Malah, dia sanggup mengalihkan sedikit bahagian kepala arwah agar tidak terjatuh ke atas jalan raya.

“Kakak ambil tuala kecil tu untuk alih… alihkan sikit kepala mayat tu daripada jatuh ke jalan. Lepas tu kakak tutuplah bahagian yang tengah berdarah tu,” katanya.

Jelas wanita ini, dia mendapat kekuatan luar biasa itu secara spontan kerana melihat wajah mendiang tidak tumpah seperti anak kandungnya sendiri di rumah.

“Masa kakak tutup tu, kakak bayangkan jenazah tu adalah anak kita. Jadi kakak rasa macam anak akulah. Makna kata kita takkan biarkan dia begitu,” katanya sambil mengesat air mata.

Impian Sambung Belajar Tak Kesampaian

Mangsa yang maut dalam kejadian ngeri itu dikenali sebagai mendiang Wah Han Keong, 18. Mendiang dilaporkan maut akibat terkena impak tiang lampu yang melayang menembusi van mereka selepas dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Lebih memilukan, anak sulung yang disifatkan sangat baik dan rajin membantu bapanya itu sebenarnya sedang menunggu keputusan UPU pada 22 Mei ini untuk menyambung pengajian dalam bidang automotif di Politeknik.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article