BDB Synergy raih kontrak RM11.5 juta di Kedah Rubber City

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 3:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BDB Synergy raih kontrak RM11.5 juta di Kedah Rubber City Image from: BDB Synergy raih kontrak RM11.5 juta di Kedah Rubber City sarah08/10/2026 - 15:10 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Okt - BDB Synergy Sdn Bhd, anak syarikat Bina Darulaman Bhd (BDB) meraih kontrak bernilai RM11.5 juta bagi pembinaan dan penyiapan Pusat Perniagaan Integrasi (IBC) di Kedah Rubber City (KRC).

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Che Abdul Khalid Md Din berkata, kontrak berkenaan mencerminkan kepercayaan terhadap keupayaan BDB Synergy dalam melaksanakan projek kejuruteraan dan pembinaan, termasuk daripada agensi Kerajaan Persekutuan iaitu Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

 

“Penerimaan kontrak bernilai RM11.5 juta ini membuktikan bahawa Kumpulan BDB terus mendapat kepercayaan dalam menyokong pembangunan infrastruktur, bukan sahaja daripada Kerajaan Negeri Kedah, malah turut melibatkan agensi Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Projek di Plot PT2217, KRC itu mempunyai tempoh pelaksanaan selama 18 bulan dari tarikh penyerahan milikan tapak, meliputi pembinaan dan penyiapan bangunan IBC, kerja-kerja luaran, pemasangan elektrik dan mekanikal, kerja cerucuk serta kerja berkaitan.

 

KRC yang dibangunkan di Bukit Ketapang, Padang Terap merupakan projek strategik bagi merancakkan pembangunan di kawasan timur Kedah, selain menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang antara wilayah timur dan pantai barat negeri itu.

 

Beliau berkata, penglibatan BDB Synergy dalam projek IBC itu selari dengan usaha Kumpulan BDB memperkukuh perniagaan teras dalam sektor kejuruteraan dan pembinaan, di samping memperluas penglibatan dalam projek infrastruktur strategik di Kedah.

 

Sebagai kontraktor Kelas G7, BDB Synergy mempunyai lebih 44 tahun pengalaman dalam industri kejuruteraan dan pembinaan serta kepakaran melaksanakan pelbagai projek infrastruktur dan pembinaan berskala besar.

 

Antara projek utamanya yang kini di peringkat akhir penyiapan ialah projek menaik taraf Loji Rawatan Air Pelubang dan pemasangan jajaran paip, yang dianugerahkan Kerajaan Negeri Kedah dengan nilai keseluruhan RM431 juta.

 

Che Abdul Khalid menambah kontrak baharu itu turut mengukuhkan rekod prestasi BDB Synergy dalam melaksanakan projek pembinaan di kawasan pembangunan strategik.

 

“BDB Synergy akan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki bagi memastikan projek IBC ini dilaksanakan dengan cekap, berkualiti dan mengikut tempoh yang ditetapkan.

 

“Kami komited untuk memastikan aspek kualiti, keselamatan, tadbir urus dan pematuhan diberi keutamaan sepanjang pelaksanaan projek serta memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh NCIA dan semua pihak berkepentingan,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved