Bekas atlet terjun wanita negara peluk Islam

29 Aug 2026 • 1:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas atlet terjun wanita negara peluk Islam
Kimberly berkongsi perkara berkenaan menerusi media sosial dengan meluahkan rasa syukur selain menyifatkan keputusan itu sebagai antara detik paling istimewa dalam hidupnya.

SHAH ALAM - Bekas penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam pada Julai lalu.

Memetik laporan Stadium Astro, Kimberly berkongsi perkara berkenaan menerusi media sosial dengan meluahkan rasa syukur selain menyifatkan keputusan itu sebagai antara detik paling istimewa dalam hidupnya.

Never been prouder of the decision I made in July. Truly one of the most special moments (Tidak pernah berasa lebih bangga dengan keputusan yang saya buat pada Julai lalu. Benar-benar antara detik paling istimewa). Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.

Beliau yang sinonim dengan acara 3 meter papan anjal dan platform 10 meter itu mencuri perhatian ketika berusia 14 tahun apabila menyertai Kejohanan Grand Prix (GP) Terjun FINA Australia pada 2016.

Sepanjang kariernya, beliau turut melakar pencapaian membanggakan sehingga ke peringkat antarabangsa, antaranya memenangi pingat emas Sukan SEA dan Terbuka Malaysia pada 2023 serta meraih pingat perak dan gangsa pada edisi Sukan SEA 2021 serta 2017.

Kimberly mengumumkan persaraan daripada sukan terjun pada 2024 selepas hampir 15 tahun menyertai sukan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Kimberly dilaporkan bakal bergelar isteri kepada bekas penyerang skuad Bawah 23 (B23) negara, Danial Asri, yang kini beraksi bersama kelab DPMM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved