"Alhamdulillah," Bekas Penerjun Negara, Kimberly Bong Umum Peluk Islam

29 Aug 2026 • 12:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Alhamdulillah," Bekas Penerjun Negara, Kimberly Bong Umum Peluk Islam

Bekas penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping mengumumkan bahawa dia telah memeluk agama Islam pada Julai lalu.

Menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat, Kimberly berkongsi sijil perakuan memeluk agama Islam selain memuat naik video ketika melafazkan syahadah.

Image from: "Alhamdulillah," Bekas Penerjun Negara, Kimberly Bong Umum Peluk Islam
Kredit: kikimberly_

Peluk Islam antara momen paling istimewa

Kimberly berkata keputusan tersebut merupakan antara momen paling istimewa dalam hidupnya.

“Tidak pernah saya rasa sebangga ini dengan keputusan yang saya buat pada bulan Julai.

“Benar-benar salah satu momen paling istimewa. Alhamdulillah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah atas keputusan dibuat bekas atlet negara yang bersara pada 2024 itu.

Baca juga:

“Alhamdulillah, selamat datang saudara baruku,” kata seorang netizen.

“Subhanallah, Alhamdulillah. Tahniah,” kata seorang lagi.

Kimberly Bong peluk Islam

Untuk pengetahuan, Kimberly pernah mewakili Malaysia di Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018.

Pingat pertamanya untuk Malaysia di temasya pelbagai sukan ialah gangsa dalam acara 10 meter platform wanita pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Dia kemudian meraih perak dalam acara 1 meter papan anjal wanita pada Sukan SEA Vietnam 2021 sebelum memenangi emas acara 3 meter papan anjal wanita di Sukan SEA Kemboja 2023.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved