Bekas Calon PRN Negeri Sembilan Mengaku Tidak Bersalah Kes Komunikasi Jelik Berkaitan Institusi Diraja

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 11:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang aktivis yang pernah bertanding sebagai calon bebas DUN Sri Tanjung di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kini berdepan pertuduhan di mahkamah berkaitan hantaran jelik terhadap institusi diraja.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh Islah Wahyudi Zainudin bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Didakwa buat komunikasi jelik

calon

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan akaun “randuk malaysia” di aplikasi Instagram untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik yang melampau sifatnya.

Perbuatan itu didakwa berlaku sekitar jam 3.20 petang pada 14 Januari lalu. Hantaran berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan institusi diraja.

Diikatjamin RM6,000

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika disabitkan kesalahan, Islah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

islah wahyudi

Hukuman yang diperuntukkan ialah denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga boleh dikenakan denda tambahan RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Dalam prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya MCMC, Fadhli Ab Wahab mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Islah memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan kepada RM3,000.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 September ini.

The post Bekas Calon PRN Negeri Sembilan Mengaku Tidak Bersalah Kes Komunikasi Jelik Berkaitan Institusi Diraja appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved