
KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen di sini dan Seremban hari ini.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, bekas CEO itu akan didakwa di hadapan Hakim Azura Alwi, manakala seorang wanita bergelar Datuk yang juga pengarah sebuah syarikat pula akan dituduh di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Difahamkan, bekas CEO berkenaan bakal berdepan pertuduhan berkaitan rasuah bernilai lebih RM130 juta. Wanita terbabit pula sebelum ini pernah dikaitkan dengan satu skema pelaburan yang disiasat SPRM serta pernah dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah.
Sementara itu di Mahkamah Sesyen Seremban, seorang ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah institusi pengajian tinggi swasta akan dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan membabitkan nilai rasuah berjumlah RM6.56 juta.
Kes berkenaan dijangka didengar di hadapan Hakim M. Kunasundary. - 19 Ogos, 2026
The post Bekas CEO bank pelaburan, Datuk antara tiga didakwa rasuah hari ini: SPRM appeared first on Scoop.



![[VIDEO] Keputusan rayuan ibu Zayn Rayyan 28 September ini](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-19-at-18.25.09-1-1024x758.jpeg)


