Bekas CEO UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin dilantik sebagai CEO baharu Malakoff berkuatkuasa 1 September 2025

15/08/2025 - 09:40
Syahrunizam Samsudin Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Malakoff Corp Bhd melantik Syahrunizam Samsudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 1 September 2025.
Syahrunizam adalah bekas Pengarah Urusan dan CEO UEM Edgenta Bhd.
Pelantikan itu menggantikan Anwar Syahrin Abdul Ajib yang melepaskan jawatan setelah hampir lima tahun menerajui syarikat sebagai Pengarah Urusan merangkap CEO Kumpulan sejak Disember 2020.
Malakoff mempunyai kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 6,953MW disokong portfolio tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang berjumlah 173MW.
Menerusi anak syarikatnya Alam Flora Sdn Bhd, kumpulan ini juga adalah peneraju dalam sektor pengurusan sisa negara.
Selain itu, Malakoff memiliki pelaburan strategik dalam projek penjanaan kuasa dan penyahgaraman air di Arab Saudi, Bahrain dan Oman.
Kumpulan ini dimiliki 38.45% oleh MMC Corp Bhd, syarikat teras kepada tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. - DagangNews.com
standard

