Futuromic dilantik sebagai pengedar tunggal Kodak Pixpro di Malaysia

LocalTechnology
14 Aug 2025 • 5:43 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Futuromic dilantik sebagai pengedar tunggal Kodak Pixpro di Malaysia

image is not available

14/08/2025 - 17:43

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Futuromic Photo AV Sdn. Bhd, pengedar terkemuka produk fotografi, pengimejan dan audio-visual telah dilantik sebagai pengedar tunggal untuk kamera digital kodak Pixpro di Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Futuromic, Datuk Billi Lai berkata, pelantikan eksklusif itu bukti komitmen syarikat dalam mewakili jenama pengimejan yang bereputasi tinggi di pasaran tempatan.

“Dengan rekod panjang Kodak dalam inovasi pengimejan dan permintaan yang meningkat terhadap penyelesaian kamera digital serba boleh, kerjasama ini dijangka memberi pengguna dan peruncit akses kepada rangkaian produk pengimejan yang lebih meluas melalui rangkaian pengedaran Futuromic yang sedia ada.

“Pelantikan ini mencerminkan kesepakatan visi syarikat dengan Kodak dalam menyediakan teknologi pengimejan berprestasi tinggi kepada pasaran Malaysia.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan rangkaian pengedar kami untuk menyampaikan penyelesaian inovatif ini kepada pengguna dan peruncit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Futuromic kini sedang menyiapkan pelancaran rasmi Kodak Pixpro di Malaysia, termasuk menyediakan sokongan menyeluruh untuk rakan kongsi saluran seperti maklumat produk, harga, bahan pemasaran, program latihan dan perkhidmatan selepas jualan.

Selain Kodak Pixpro, Futuromic juga merupakan pengedar tunggal di Malaysia untuk jenama global lain termasuk DNP, Eureka, GR, Nikon, Pentax, Tamron, SanDisk dan Western Digital, serta pengedar induk untuk produk pengimejan FujiFilm.- DagangNews.com

standard