Bekas CEO UiTM Holdings dituduh pecah amanah RM37.4 juta

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 10:55 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

CEO UiTM Holdings

AZLIZAN Fadzil dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah RM37.4 juta di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings Sdn. Bhd. dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah RM37.4 juta pada sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Azlizan Fadzil, 53,  mengaku tidak bersalah selepas mendengar pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Azlizan didakwa melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan secara tidak jujur menyalahgunakan harta RM37.4 juta yang diperuntukkan oleh syarikat berkenaan.

Peruntukan tersebut bertujuan bagi pelaburan pembangunan penjanakuasaan elektrik solar photovoltaic dengan saiz 50 megawatt (MW) berskala besar di Gambang, Kuantan.

Bagaimanapun, beliau dikatakan secara tidak jujur menyalahgunakan harta tersebut dengan membuat pembayaran-pembayaran lain selain daripada tujuan berkenaan dekat sebuah cawangan bank di dalam kampus UiTM, di sini antara 2 Februari 2017 hingga 2 Oktober tahun sama.

Justeru, Azlizan dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebat dan juga boleh dikenakan denda. – UTUSAN

The post Bekas CEO UiTM Holdings dituduh pecah amanah RM37.4 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved