Buruh mengaku rompak gelang emas RM15,000 milik nenek 

1 Oct 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Buruh mengaku rompak gelang emas RM15,000 milik nenek 

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merompak gelang emas bernilai RM15,000 milik neneknya di sebuah rumah di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh, kdua minggu lalu.

Muhammad Nabil Irfan Samsuddin, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, remaja berkenaan didakwa melakukan rompakan terhadap Sarah Awang, 66, dengan mengambil gelang emas sehingga mendatangkan kerugian kira-kira RM15,000 terhadap mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh kira-kira pukul 12 tengah hari pada 15 September 2026. Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Arina Razali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan fakta kes dan prosiding jatuh hukum. – UTUSAN

The post Buruh mengaku rompak gelang emas RM15,000 milik nenek  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved