Bekas Exco Pertanian dilantik Speaker DUN Johor

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas Exco Pertanian dilantik Speaker DUN Johor
Zahari mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor yang ke-16 di Dewan Sidang Negeri Bangunan Sultan Ismail pada Khamis.
Image from: Bekas Exco Pertanian dilantik Speaker DUN Johor
Onn Hafiz memakaikan jubah Speaker Johor ketika Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor yang ke-16 di Dewan Sidang Negeri Bangunan Sultan Ismail pada Khamis.

ISKANDAR PUTERI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip pada Khamis mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baharu.

Pencalonan bekas Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri itu dikemukakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Onn Hafiz yang juga ADUN Machap hanya mencadangkan satu nama bagi jawatan Speaker sebelum pencalonan Zahari disokong Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri yang juga ADUN Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Zahari, 59, menggantikan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang memegang jawatan Speaker sejak 2022 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.

Mohd Puad yang juga bekas ADUN Rengit dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini mengumumkan keluar daripada parti itu pada 25 Jun lalu.

**media[3627591]**

Pengundurannya daripada UMNO dibuat sehari selepas beliau memberi bayangan mengenai satu pengumuman besar yang akan dibuat pada hari penamaan calon PRN Johor.

Sementara itu, Zahari ketika berucap selepas secara rasmi dilantik sebagai Speaker dan dipakaikan pakaian rasmi, merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan Menteri Besar kepadanya.

Beliau berkata, pemilihan berkenaan merupakan satu penghormatan kepada dirinya dan akan dipikul dengan penuh bersungguh-sungguh dan dedikasi.

"Saya akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Saya dan kesemua ADUN merakamkan penghargaan dan megucapkan terima kasih kepada Speaker dan Timbalan Speaker sebelum ini iaitu Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Samsolbari Jamali," ujarnya.

Zahari yang juga Ketua UMNO Bahagian Segamat sebelum ini berjaya mempertahankan kerusi DUN Buloh Kasap pada PRN Johor ke-16.

Calon Barisan Nasional (BN) itu memperoleh 14,054 undi bagi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Rozy Razit yang meraih 5,454 undi.

Kemenangan itu menyaksikan Zahari mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 8,600 undi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved