Bekas MKT UMNO Isham Jalil sertai PAS, isi borang keahlian seumur hidup

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 1:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil disahkan menyertai PAS selepas mengisi borang keahlian dan mendaftar sebagai ahli seumur hidup parti itu.

Ambil keputusan untuk sertai PAS

Menerusi hantaran yang dikongsikanKetua Pemuda PAS Selangor yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, Mohamed Sukri Omar di Facebook, beliau memaklumkan telah menerima mesej WhatsApp daripada Isham pada malam Jumaat yang memaklumkan mengenai keputusan untuk menyertai PAS.

Malam semalam, saya menerima WhatsApp daripada Saudara Isham Jalil yang memaklumkan beliau mengisi borang keahlian Pas serta mendaftar sebagai Ahli Pas seumur hidup.
“Keputusan ini lahir daripada keyakinan beliau untuk memilih Pas sebagai wadah siasah dalam memperjuangkan serta mempertahankan agama, bangsa dan negara,” katanya.

PAS terbuka terima sesiapa yang ikhlas

Beliau menyatakan PAS sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ikhlas untuk berbakti dan menyumbang kepada perjuangan parti.

Menurutnya, perjuangan PAS tidak berteraskan kepentingan peribadi, sebaliknya berpaksikan akidah, prinsip serta tanggungjawab memimpin masyarakat dengan nilai-nilai Islam.

Dalam masa sama, Mohamed Sukri turut mengalu-alukan penyertaan Isham ke dalam parti itu.

“Semoga ALLAH SWT mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan istiqamah kepada beliau serta seluruh anggota PAS untuk terus memikul amanah perjuangan, mempertahankan Islam, memperkukuh perpaduan ummah dan membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.
“Perjuangan ini tidak diukur dengan siapa yang datang paling awal, tetapi dengan siapa yang tetap istiqamah hingga ke akhirnya, selamat datang ke saff perjuangan,” katanya.

Image from: Bekas MKT UMNO Isham Jalil sertai PAS, isi borang keahlian seumur hidup

Sumber: Facebook Mohamed Sukri Omar 
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved