Bekas pegawai adat, broker antara ditahan SPRM kes rasuah jual beli tanah

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 2:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas pegawai adat, broker antara ditahan SPRM kes rasuah jual beli tanah
Antara suspek yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan rasuah jual beli tanah di Sabah.

KOTA KINABALU - Empat individu termasuk bekas pegawai adat antara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000 sebagai balasan membantu urusan jual beli tanah di negeri ini.

Suspek lelaki berusia antara 30 hingga 60-an yang juga turut terdiri daripada dua broker tanah dan juga seorang penjawat awam ditahan reman selama tujuh hari iaitu sehingga Khamis depan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Flavian Edward Henry selepas permohonan dibuat pihak SPRM di Mahkamah Majistret Keningau pada Khamis.

Menurut sumber, kesemua suspek telah ditahan antara jam 4 petang dan 8 malam Rabu, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Keningau.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025.

Suspek yang merupakan bekas pegawai adat dan penjawat awam dipercayai menerima rasuah daripada dua broker tanah sebagai balasan membantu melancarkan urusan jual beli tanah yang dikendalikan oleh kedua-dua broker berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati tanah yang terlibat dalam urusan tersebut merupakan milik individu lain dan tidak pernah ditawarkan untuk dijual.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM 2009," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved