RCI Tabung Haji: Bekas CEO direman esok?

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 8:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RCI Tabung Haji: Bekas CEO direman esok?
Seorang bekas CEO TH difahamkan akan direman pada Jumaat bagi membantu siasatan SPRM berhubung laporan RCI. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA - Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) difahamkan akan direman pada Jumaat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Perkara itu dimaklumkan sumber tetapi enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, permohonan reman akan dibuat jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Putrajaya.

“Betul,” katanya ringkas.

Sebelum ini, laporan RCI mengenai TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved