Bekas pegawai kanan Jabatan Persekutuan direman, bantu siasatan tuntutan palsu

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 8:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas pegawai kanan Jabatan Persekutuan direman, bantu siasatan tuntutan palsu
Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Melaka. Foto hiasan

MELAKA - Seorang bekas pegawai kanan sebuah jabatan Persekutuan direman empat hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan butiran matan palsu berkaitan pembekalan perkhidmatan pengurusan sebuah program di Melaka bernilai kira-kira RM3,000.

Perintah reman hingga 2 Oktober terhadap wanita berumur lingkungan 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini.

Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Melaka.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan terbabit pada Februari 2025 ketika masih bertugas di jabatan itu.

"Suspek dipercayai mengemukakan tuntutan bagi pembekalan perkhidmatan pengurusan walaupun kerja-kerja berkenaan tidak dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam permohonan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved