Nama suami kepada pempengaruh, Dr. Afifah Tawfek iaitu Kapten Amrul Nizar Anuar menjadi perhatian selepas timbul pelbagai dakwaan mengenai dirinya di media sosial.
Terbaharu, seorang individu yang dipercayai bekas pekerja syarikat milik Kapten Amrul tampil mempertahankan lelaki berkenaan dengan berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja dengannya.
AdvertisementMenerusi hantaran di Threads, individu tersebut menyifatkan Kapten Amrul sebagai seorang majikan yang prihatin serta sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan pekerjanya.
Bekas Pekerja Dakwa Kapten Amrul Jaga Kebajikan Staf
Menurut individu berkenaan, kebajikan pekerja tetap diberi perhatian walaupun syarikat berdepan masalah pada penghujung operasi.

Sepanjang bekerja dengan Capt Amrul. Saya tak pernah tengok kebajikan staff terabai. Masa penghujung Afjets nak tutup, Gaji lambat pun dia bagi duit poket untuk cover belanja.
Individu itu turut menafikan dakwaan yang mengaitkan Kapten Amrul dengan wanita lain.


Bekas Pekerja Nafi Kapten Amrul Abaikan Anak-Anak
Selain isu kebajikan pekerja, individu berkenaan turut tampil menjawab dakwaan bahawa Kapten Amrul mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.
Sebaliknya, dia mendakwa lelaki itu sentiasa mengambil berat mengenai keperluan anak-anak, termasuk urusan persekolahan.
Pasal anak-anak Capt masa bawah jagaan Cap, saya yang selalu uruskan. Masa Asadel sekolah dekat PPKI Ampang saya yang hantar dan ambil hari-hari.
Malah, individu berkenaan turut mempersoalkan dakwaan bahawa kebajikan anak-anak terabai ketika berada di bawah jagaan Kapten Amrul.
Tak nampak pulak kebajikan dia terabai, si ibunya pulak yang tiba-tiba tarik balik, nak jaga balik.
Kapten Amrul Sebelum Ini Didakwa Bekas Isteri
Terdahulu, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bekas isteri Kapten Amrul tampil membuat beberapa dakwaan terhadap lelaki berkenaan.
Antara dakwaan yang dibangkitkan termasuk isu nafkah, kebajikan anak-anak serta beban hutang yang didakwa ditinggalkan kepadanya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh individu yang mendakwa pernah bekerja dengan Kapten Amrul berdasarkan pengalamannya sendiri.
Dr. Fie Dan Kapten Amrul Berkahwin November lalu
Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Fie dan Kapten Amrul selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan pada 1 November lalu di Seremban, Negeri Sembilan.
Sebelum itu, Dr. Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Nubhan selama 10 tahun sebelum mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Disember 2025.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubhan Dakwa Rumah Didatangi Pengutip Hutang Cari Dr Fie - "Saya Takut Anak-Anak Terganggu Emosi"
The post Bekas Pekerja Pertahan Kapten Amrul, Nafi Dakwaan Bekas Isteri – “Kebajikan Staff Dia Jaga, Bukan Kaki Perempuan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






