Penyanyi Nubhan mendakwa kediamannya didatangi individu yang dipercayai pengutip hutang bagi mencari bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.
Nubhan, 40, berkata kejadian itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dirinya, anak-anak serta ahli keluarganya.
AdvertisementMenerusi perkongsian di media sosial, Nubhan menjelaskan sebelum ini dia memilih untuk tidak terlalu berkongsi perkara berkaitan isu rumah tangganya kerana bimbang ahli keluarganya menjadi sasaran kecaman orang ramai.
Nubhan Dakwa Penghutang Cari Dr. Fie
Menurut Nubhan, keadaan berubah selepas kediamannya didatangi individu yang dipercayai pengutip hutang dan sedang mencari bekas isterinya.
View this post on Instagram
“Sebelum ini saya sangat risau untuk post apa-apa di media social kerana saya khuatir keluarga saya di kecam, mak saya dihina dan macam-macam lagi.”
“Tapi apabila baru-baru ini rumah saya didatangi pengutip hutang, saya rasa amat risau atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya.”
“Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri saya, mohon jasa baik agar anak-anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini,” tegasnya.
Nubhan turut memberi penegasan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya keselamatan dirinya, anak-anak atau keluarganya terancam.
Nubhan Dipercayai Sudah Buat Laporan Polis
Dalam pada itu, Nubhan juga dipercayai telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, butiran lanjut termasuk tarikh laporan polis tersebut dibuat tidak didedahkan.
View this post on Instagram
Menurut laporan berkenaan, Dr. Fie didakwa gagal dihubungi oleh pihak pemiutang.
Nubhan pada masa sama meminta agar isu yang melibatkan bekas isterinya tidak turut mengheret dirinya, anak-anak serta ahli keluarga yang lain.
Konflik Nubhan Dan Bekas Isteri
Terdahulu, Nubhan dan Dr. Fie pernah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4.
Perkembangan terbaharu ini berlaku selepas Dr. Fie mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kapten Amrul Nizar Anuar, dalam satu lafaz pada 1 November 2026.
Nubhan sebelum ini memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai perkara berkaitan rumah tangganya, namun kejadian yang didakwa berlaku di kediamannya menyebabkan dia tampil bersuara demi keselamatan keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Mampuslah…”- Cara Suami Dr Fie Bercakap Cetus Kritikan, Netizen Anggap Terlalu Kasar
The post Nubhan Dakwa Rumah Didatangi Pengutip Hutang Cari Dr Fie – “Saya Takut Anak-Anak Terganggu Emosi” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






