Bekas pembantu acara kini didakwa bunuh Zulfiqar

30 Jul 2026 • 12:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekas pembantu acara kini didakwa bunuh Zulfiqar

KLANG – Bekas pembantu perancang acara yang sebelum ini didakwa dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 berdepan hukuman mati selepas didakwa atas kesalahan membunuh penunggang motosikal di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Low Kean Peng, 35, yang berkemeja putih mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Karthiyayini.

Namun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27, di Persiaran Kota di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 13 Mei lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak lebih 12 kali jika tidak dihukum gantung.

Mahkamah kemudian melepas tanpa membebaskan (DNAA) tertuduh sebelum pertuduhan baharu itu dibacakan dan Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Oktober depan.

Pada 18 Mei lalu, Kean Peng mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan mangsa parah.

Pada 25 Mei lalu, Zulfiqar yang parah disahkan meninggal dunia selepas 13 hari bertarung nyawa di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Klang. – KOSMO! ONLINE

The post Bekas pembantu acara kini didakwa bunuh Zulfiqar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved