Bekas Pengarah Besar Felda tiba di mahkamah untuk proses reman

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 9:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bekas Pengarah Besar Felda tiba di mahkamah untuk proses reman

PUTRAJAYA – Bekas Pengarah Besar sebuah badan berkanun bergelar Datuk tiba di Mahkamah Putrajaya di sini sebentar tadi bagi proses permohonan reman.

Individu berusia lingkungan 60-an yang memakai baju berkolar berwarna hijau itu tiba sekitar pukul 9.15 pagi menaiki van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki itu kemudiannya diiringi oleh dua anggota SPRM masuk ke dalam mahkamah dalam keadaan tangan tidak bergari.

Semalam, dua individu termasuk seorang bekas Pengarah Besar sebuah badan berkanun bergelar Datuk ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang ketika diminta hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Minggu lalu, SPRM membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Felda serta anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dilapor berkata, penyiasatan khas berskala besar yang dinamakan sebagai OPS FELLA menumpukan kepada transaksi pelaburan dan pengambilalihan aset oleh pengurusan Felda dan FIC dalam tempoh 10 tahun iaitu antara 2010 hingga 2020. – KOSMO! ONLINE

The post Bekas Pengarah Besar Felda tiba di mahkamah untuk proses reman appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved