Bekas Pengerusi TH, Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Dibebaskan Daripada Reman SPRM

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 4:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bekas Pengerusi TH, Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Dibebaskan Daripada Reman SPRM

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, selepas ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung isu berkaitan TH.

Menurut sumber, mereka dibebaskan pagi tadi selepas direman bermula 27 Ogos dan proses mendapatkan keterangan mereka telah dilengkapkan oleh pegawai penyiasat SPRM.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM, berkaitan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.

Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas, antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti kaedah keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu, turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

RCI berkenaan mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Baca juga:

Skop siasatan RCI meliputi penelitian terhadap isu berkaitan TH sepanjang tempoh 2014 hingga 2020, dengan merujuk penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger, tidak termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan yang sedang dijalankan ketika itu.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved