Bela dalam rumah, 17 ekor ayam sabung disita MPM

29 Oct 2026 • 8:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bela dalam rumah, 17 ekor ayam sabung disita MPM

LUMUT – Sebanyak 17 ekor ayam hidup yang dipercayai digunakan untuk kegiatan sabung disita di sebuah rumah di Resident 3, Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) di sini semalam.

Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan di Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Mohamad Sharil Salihan berkata, pihaknya sebelum ini telah mengeluarkan notis agar pemilik rumah berkenaan membersihkan kediaman.

“Notis juga dikeluarkan agar tindakan membela ayam tersebut yang menyebabkan kacau ganggu dapat dihentikan oleh pemilik kediaman.

“Bagaimanapun, pemilik kediaman ingkar dengan arahan. Justeru tindakan penguatkuasaan diambil MPM dan kita telah menyita ayam-ayam dipercayai digunakan untuk kegiatan sabung tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, turut dirampas ialah dua sangkar bulat dan satu sangkar petak.

Mohamad Sharil berkata, tindakan sitaan dilaksanakan bagi memastikan pemeliharaan haiwan di kawasan kediaman tidak menimbulkan kacau ganggu serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan rumah berkenaan digunakan secara haram oleh pihak tak bertanggungjawab dengan pemiliknya tidak menyedari ia telah diceroboh.

“Berkemungkinan rumah itu disewa oleh pemilik ayam berkenaan. Sewaktu operasi sita dijalankan MPM tiada sesiapa yang berada di kediaman berkenaan.

“MPM akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran kawasan kediaman sentiasa bersih, teratur dan selesa untuk semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Bela dalam rumah, 17 ekor ayam sabung disita MPM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved