KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 peniaga kecil yang menyewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menikmati potongan sewa sebanyak 50 peratus sepanjang 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan itu melibatkan peniaga di pasar awam, medan selera dan pusat penjaja di sekitar ibu negara.
Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kerajaan turut menetapkan kadar sewa serendah RM400 bagi bazar pada musim perayaan.
“Lebih 10,000 peniaga kecil yang menyewa premis DBKL diberi potongan sewa 50 peratus sepanjang 2027 termasuk yang berniaga di pasar awam, medan selera dan pusat penjaja,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.





